17 Disember 2010

Contoh Kenaikan Harga Emas


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Resit belian rantai leher emas oleh saya diatas adalah antara kisah benar, sahih dan tarak tipu punya cerita. RL dibeli pada tahun 2003 sempena ulang tahun perkahwinan saya yang ke 7, anda boleh lihat harga pada masa itu ialah RM1950, berat barang kemas yang tercatat ialah 41.21g (916). Maknanya barang kemas tersebut berharga RM47.32/gram. Hulalala...Hulalalla!!!! Kalau kita buat perkiraan kenaikan tahunan agak-agak anda berapa peratuskah kenaikannya sekarang??? Jommm...kita masuk balik kelas matematik darjah 5.

Soalannya math nya ialah...
Adabi dan Salina adalah pasangan suami isteri yang bahagia. Sempena hari ulang tahun perkahwinan ke 7 pada 2003, dia membeli seutas rantai leher kepada isteri kesayangannya seberat 41.21g dengan harga RM1950. Soalannya adalah seperti di bawah:-

i)   Pada bulan disember 2010, harga pergram emas 916 ialah RM157 (klik disini untuk semak harga FGJAM  http://www.fgjam.org.my/). Berapa peratuskah kenaikan harga barangan kemas dari tahun 2003 sehingga 2010 tersebut?

2003 ->  1g = RM47.32     X 41.21g  = RM1950
2010 ->  1g = RM157.00   X 41.21g = RM6469.97

maka,peratus kenaikan ialah: 6469.97-1950 = 4519.97 dibahagi 1950 = 2.319 X 100 = 231.8% oleh sebab itu cikgu, kenaikan emas tersebut ialah 231.8% dalam masa 7 tahun.

ii)  Kirakan kenaikan (dalam peratus) untuk tempoh 7 tahun tersebut?

senang jer tu cikgu...231.8 dibahagi 7, bersamaan 33.1%. Oleh sebab itu peratus kenaikan barangan kemas pasangan suami isteri tersebut ialah 33.1% setahun.

Hulalala...hulalala...menyesal aku tak beli emas banyak-banyak 7 tahun dulu....Jangan jadikan diri anda seperti saya sekarang, tetapi anda belum terlambat, jika anda berminat untuk pelaburan emas ini bolehlah hubungi saya di talian 0197749193 atau email fiqfif@gmail.com atau temui saya di FB Mohd Adabi Yaacob.

Jumpa diposting yang akan datang..... 

Tiada ulasan: