14 Februari 2011

DINAR DARUL TAKZIM ( DDT )

Assalamualaikum...selamat bertemu kembali,

Diterbitkan artikal yang dipetik dari AURA AURUM sempena pelancaran Dinar Darul Takzim. Kepada yang berminat untuk memilikinya boleh hubungi saya.

Tujuan pengeluaran dinar ini adalah untuk mempercepatkan pengaliran dinar emas bergerak dalam masyarakat. "Langkah ini juga bertujuan memudahkan orang ramai khususnya di Negeri Johor membeli, menjual dan menyimpan dinar emas. Sekaligus menggalakkan umat Islam menyimpan emas”.

Emas adalah sesuatu yang bernilai. Ia boleh menjadi barangan yang boleh dijual beli atau sebagai barangan yang digunakan dalam pertukaran barangan atau dikenali sistem barter. Namun kalau semua umat Islam mahu menggunakannya dalam muamalat harian, dinar dapat melaksanakan tugas tersebut kerana ia telah dilaksanakan pada zaman Nabi S.A.W, Umar dan khalifah-khalifah sesudahnya. Dari segi agama kita telah melaksanakan sunnah Nabi S.A.W.

Muka Hadapan DDT

Muka hadapan dan belakang DDT

Cantik & menarik
 Mampu milik


Spesifikasi:
1. Ketulenan Emas – 916 @ 22K
2. Berat Dinar - 4.25gram
3. Diameter - 21mm
4. Kondisi - BARU

DINAR DARUL TAKZIM ini ditempa oleh GOLD DINAR ENTERPRISE, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Bumiputera sepenuhnya. Maka ia adalah dinar EMAS tempatan. Hakcipta dan rekabentuk DINAR DARUL TAKZIM adalah eksklusif. Dinar ini bukan keluaran Negeri Johor.

Dinar ini dijual tanpa sebarang packaging khas & sijil bagi tujuan mengurangkan kos dinar. (Sijil akan disertakan pada 20 Feb 2010)

Walaubagaimanapun, jika terdapat keraguan mengenai ketulenan dinar ini, tuan & puan boleh memeriksa sendiri dengan mesin ujian ketumpatan sama seperti yang terdapat di Ar-Rahnu seluruh Malaysia. Jika terdapat perbezaan yang nyata dari segi ketulenan EMAS tersebut dengan apa yang dispesifikasikan, pihak pengeluar DINAR DARUL TAKZIM bertanggungjawab mengantikan dengan dinar yg baru.

2 ulasan:

ibnuyassir berkata...

Ar Rayah World News

Mungkinkah Mesir Pembentukan Pertama, Kekhalifahan Kedua

http://ibnuyassir.blogspot.com/

Admin Buat-Duit-Lumayan berkata...

boleh senaraikan hrga?