18 Januari 2011

PERBANDINGAN PELABURAN ASB, EMAS DAN PERAK

1) Pelaburan ASB 


“PNB isytihar dividen dividen ASB 7.50sen, Bonus 1.25sen” – BERNAMA

Permodalan Nasional berhad sudah isytihar dividen dan bonus untuk ASB untuk tahun 2010 sebanyak 8.75%. Andai simpanan ASB anda RM20,000, maka jumlah yang anda perolehi ialah RM1750, pengiraan mudah. Dari segi keselamatan, memang terjamin dan dari segi pengurusan pula, anda tidak perlu pening kepala untuk memantau saham setiap masa kerana semuanya diuruskan oleh pihak berwajib PNB.
Apa yang anda perlu buat ialah simpan duit anda didalam akaun ASB anda.



Analisa Dividen dan Bonus ASB dari tahun 1991 sehingga 2010.

Contoh pengiraan keuntungan pelaburan ASB sebanyak RM20,000.

RM20000 + 8.75% = RM21750, daripada RM21750 itu dikenakan zakat sebanyak 2.5%, maka RM21750 - 2.5% = RM21206.25. Jadi keuntungan pelaburan ASB anda selama setahun ialah sebanyak RM1206.25. Jumlah tersebut belum ditolak inflasi, sekiranya inflasi negara Malaysia ialah sebanyak 4%, maka RM21750 - 2.5% - 4% = RM20358. Keuntungan pelaburan ASB anda selama 1 tahun ialah cuma RM358.


2) Pelaburan dalam bentuk simpanan EMAS.

Mari kita sama-sama menganalisis kadar kenaikan emas pula.




Mungkin inilah masa terbaik untuk anda membuat analisis tentang kenaikan dan penurunan harga sesuatu barangan. Apa jua yang berada di dunia ini mengalami turun dan naiknya. Alam juga tidak lari dari pasang surut airnya, siang dan malamnya. Kali ini, saya hanya membuat sedikit analisis tentang emas.

Dalam pemerhatian saya, kenaikan harga emas dari awal tahun 2010 hingga akhir tahun 2010 amat menarik. Kalau mengikut sumber dari GoldPrice History purata kenaikan harga emas ialah 27.83%. Bagi saya, kenaikan ini sudah mengatasi pulangan ASB yang hanya 8.75% setahun. Opppsss!!!, kalau simpan duit dalam bentuk emas bagus juga ya.

Jom...kita buat pengiraan seandainya pelaburan emas kita juga berjumlah RM20000 sebagaimana ASB tadi.

RM20000 + 27.83% = RM25566, daripada RM25566 itu dikenakan zakat sebanyak 2.5%, maka RM25566 - 2.5% = RM24926.85. Jadi keuntungan pelaburan EMAS anda selama setahun ialah sebanyak RM4926.85. Disebabkan emas adalah kalis inflasi maka keuntungan simpanan/pelaburan emas anda ialah sebanyak RM4926.85.


3) Pelaburan PERAK (Silver)




Mungkin ramai tidak menyedari potensi perak ( silver) kerana murah dan dianggap tidak bernilai seperti emas. Tetapi bagi mereka yang sudah mengkaji dari awal potensi emas dan perak, sudah tentu perak menjadi pilihan mereka. Kalau saya beritahu kat sini kenaikan harga perak mengatasi emas dan ASB, anda akan percaya ke tak?
Menurut sumber SilverPrice History, kenaikan harga perak pada tahun 2010 ialah 70.68%, saya juga tidak percaya dengan kenaikan ini, tetapi selepas membuat sedikit kajian dan analisa, memang ternyata kenaikan harga perak mencapai 70% pada akhir tahun 2010. Sekiranya anda membeli perak dengan harga RM1000 pada awal tahun, hari ini sudah bernilai RM1700, patut la orang asyik highlight dekat saya tentang emas dan perak penyimpan nilai terbaik.

Sekian, jumpa lagi. Wassalam.

 








Tiada ulasan: